Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Anak jati Ranau muncul juara Climbathon ke-29

12:26pm 16/10/2016 Leolerry Lajius 4597 views Ranau,Tempatan
(Dari kiri), John, Safrey dan Wincentbert.-Gambar Oleh Alex Mairin

(Dari kiri), John, Safrey dan Wincentbert.-Gambar Oleh Alex Mairin

KUNDASANG: Peserta dari Kampung Himbaan Ranau, Safrey Sumping, muncul juara Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu kategori lelaki bagi edisi ke-29 perlumbaan mencabar itu tahun ini.

Pelari yang telah mengikuti acara ini sebanyak 13 kali sejak tahun 2003 mencatat masa dua jam 21 minit 33 saat untuk menamatkan saingan.

Tempat kedua pula disandang oleh pelari dari Kampung Kiau Wincentbert Latius, yang telah empat kali mengikuti acara ini sejak tahun 2012.

Mendapat tempat kelima sempena kejohanan ini pada tahun 2013 terus mendorong pelari ini untuk memperbaiki prestasi dan pada kejohanan kali ini berjaya menamatkan saingan dengan catatan masa dua jam 22 minit 58 saat.

Tempat ketiga pula disandang oleh John Kipkorir Rutto pelari dari Kenya yang menamatkan saingan dengan catatan masa dua jam 28 minit 23 saat.

(Dari kiri), John, Safrey dan Wincentbert.-Gambar Oleh Alex Mairin

(Dari kiri), John, Safrey dan Wincentbert.-Gambar Oleh Alex Mairin

Bagi kategori wanita pula tempat pertama disandang oleh Sandi Menchi Catlona Abahan pelari dari Philippines yang mencatat masa dua jam 58 minit 48 saat bagi menamatkan saingan.

Tempat kedua pula disandang oleh Viola Jepchirchir Kimeli pelari dari Kenya yang mencatat masa kemenangan tiga jam 11 minit 42 saat.

Tempat ketiga pula disandang oleh pelari dari Malaysia Tahira Najmunissa Muhammad yang mencatat masa tiga jam 22 minit 22 saat bagi menamatkan saingan.

Kesemua pemenang menerima RM8000.00 bagi johan, RM6000.00 bagi tempat kedua dan RM4000.00 bagi tempat ketiga. Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

(Dari kiri) Tahira, Sandi dan Viola.-Gambar Oleh Alex Mairin

(Dari kiri) Tahira, Sandi dan Viola.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan