Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,697

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

“Anak, jadikan usaha ibu ini sebagai iktibar”

6:21pm 10/11/2016 Leolerry Lajius 12 views Kota Kinabalu,Pendidikan,Tempatan

KOTA KINABALU: “Saya berharap agar usaha saya ini akan menjadi ikhtibar kepada anak-anak saya untuk terus berusaha dalam menuntut ilmu.”

Demikian ungkapan Rusminah Binti Kidap, 42 yang merupakan salah seorang peserta yang berjaya menamatkan Kelas Dewasa Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Peribumi (KEDAP) ketika ditemui media sempena majlis konvokesyen KEDAP, di sini, hari ini.

Ibu yang mempunyai lapan orang anak itu juga berharap agar anak-anak menjadikan usahanya itu sebagai pembakar semangat dalam menuntut ilmu.

“Dahulu saya tidak berkesempatan untuk mendapatkan pendidikan kerana kesempitan hidup dan juga lokasi sekolah yang jauh namun kini saya dapat buktikan bahawa untuk mendapatkan pendidikan umur bukan penghalang,”katanya.

Rusminah yang berasal dari Kampung Kigiwit Ranau menyifatkan peluang seumpama itu memberikan makna yang amat besar kerana selepas mengikuti kelas berkenaan penguasaannya dalam Menulis, Mengira dan Membaca (3M) semakin baik.

“Saya mengikuti kelas KEDAP di Sekolah Kebangsaan Nukakatan dan mengambil kelas setiap hari isnin, selasa dan rabu pada jam 2.00 petang hingga 4.00 petang.”

“Selepas tiga minggu saya mengikuti kelas ini saya mula menguasai 3M dan subjek yang saya amat minati adalah matematik kerana ia melibatkan kira-kira dan sentiasa diaplikasikan dalam kehidupan harian,”katanya.

Ruminah yang bekerja sebagai petani turut berazam untuk terus berusaha dan sentiasa menyuntik semangat kepada anak-anak yang masih menuntut dan salah seorang daripadanya menuntuk di IPG Keningau agar cekal dalam menuntut ilmu.

Seramai 260 peserta daripada 10 buah sekolah terpilih di negeri ini terlibat dalam majlis berkenaan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Ruminah (depan) bersama rakannya Gathay Tangkim, 30, dan Jinurin Bulingi, 29, ketika majlis berkenaan.

Ruminah (depan) bersama rakannya Gathay Tangkim, 30 (dua dari depan) dan Jinurin Bulingi, 29(tiga dari depan) ketika majlis berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan