Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anak hilang dalam perut

SUSILAH
SUSILAH

Yogyakarta: Seorang lelaki semalam mendakwa anak yang dikandung isterinya hilang secara tiba-tiba beberapa hari sebelum isterinya melahirkan cahaya mata pertama mereka.

“Selepas 17 tahun berkahwin, ini kali pertama isteri saya mengandung. Tetapi ketika menanti hari untuk melahirkan, bayi itu hilang dari perut isteri saya,” kata Sumarno kepada wartawan di Nitikan Barat Semanu Gunung Kidul.

Menurut Sumarno, 49, isterinya Susilah yang sudah sembilan bulan mengandung menjerit seperti orang hilang akal pagi kelmarin sebaik terjaga dari tidur.

“Sebaik mendengar jeritannya, saya meluru ke bilik. Dia meraung dan berkata kandungannya dicuri. Saya melihat perutnya yang besar sebelum ini kempis,” kata Sumarno.

Dia sendiri menyaksikan perut Susilah, 41, besar, seperti orang mengandung sembilan bulan sebelum tidur malam itu.-Agensi

 

Komen


Berita Berkaitan