Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anak gajah dijumpai mati, seekor cedera

Gambar Ehsan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

 

KOTA KINABALU, 14 Ogos – Seekor anak gajah dijumpai mati terapung di sungai Kinabatangan di Sandakan dan seekor gajah jantan cedera di Lahad Datu semalam, demikian menurut  Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga.

Beliau berkata, dalam dua kes itu, anak gajah berusia kira-kira dua tahun dijumpai oleh sebuah bot pelancong dan mayat berkenaan dibawa ke tebing sungai berkenaan.

“Satu pasukan dihantar bagi mengendalikan post-mortem untuk menentukan punca kematian dan pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan fizikal,” katanya kepada pemberita selepas  persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Christina Liew, yang juga Timbalan Ketua Menteri.

Augustine berkata, gajah berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kaki depan akibat terkena  perangkap dekat Taliwas, Lahad Datu.

Beliau memberitahu bahawa maklumat itu diterima lewat pada sebelah petang dan pasukan veterinar jabatan tidak dapat sampai ke sana malam tadi.

“Bagaimanapun pagi ini kita hantar mereka dan mereka sepatutnya telah sampai di sana untuk merawat kecederaan itu,” kata Augustine.

— BERNAMA

Anak gajah ditemui mati. Gambar Ehsan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

Komen


Berita Berkaitan