Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anak Estrada serah diri walau ‘tidak bersalah’

estrada

MANILA: Anak bekas Presiden Filipina, Joseph Estrada menyerah diri kepada polis semalam kerana dikehendaki berhubung siasatan kes rasuah.

Senator Jinggoy Estrada hadir ke balai polis selepas sebuah mahkamah mengarahkan dia ditangkap.

Jinggoy adalah ahli politik kedua ditangkap atas dakwaan menyalahgunakan dana kerajaan yang sepatutnya digunakan untuk membantu golongan miskin Filipina.

Jinggoy adalah seorang daripada tiga senator yang dikaitkan dengan skandal itu bulan ini.

Mereka disyaki menerima imbuhan daripada tabung pembangunan dan antikemiskinan.

Jinggoy disyaki menerima rasuah bernilai RM13.4 juta.

Dia tiba di Ibu Pejabat Polis Filipina ditemani anggota keluarganya dan penyokong mereka.

Sebelum menyerah diri dia memasuki rumah bapanya – kini Datuk Bandar Manila – sebelum meninggalkan kawasan itu untuk ke balai polis.

Jinggoy menafikan tuduhan berkenaan dan yakin dia akan dibersihkan daripada skandal itu.

Dia juga memfailkan usul supaya dibenarkan diikat jamin dengan hujah, bukti dikemukakan pihak berkuasa lemah.

Penyerahan dirinya juga membuktikan dia tidak berhajat melarikan diri.

Komen


Berita Berkaitan