Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anak dinamakan Air Force One

OBAMA melambai ketika tiba untuk berucap di Safaricom Indoor Arena, Nairobi, semalam.
OBAMA melambai ketika tiba untuk berucap di Safaricom Indoor Arena, Nairobi, semalam.

Nairobi: Sebahagian ibu bapa Kenya menamakan bayi mereka yang baru dilahirkan berdasarkan lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama ke negara itu dengan harapan si anak akan mencapai kejayaan pada masa akan datang.

Sebelum ini sudah ada kanak-kanak bernama Barack Obama menetap di Kogelo, kampung bapa pemimpin Amerika Syarikat itu.

Jumaat lalu, sebaik pesawat Obama mendarat di Nairobi, dua wanita di Kisumu, bandar di barat Kenya, mengambil keputusan pelik apabila menamakan bayi yang baru mereka lahirkan Air Force One, nama kapal terbang presiden AS.

‘Saya mengambil keputusan menamakan anak saya AirForceOne Barack Obama untuk mengenang lawatan Obama ke Kenya,” kata seorang wanita berkenaan Lucy Akinyi Okoth.

Seorang wanita lain Lucy Atieno mengambil keputusan menamakan anaknya AirForce One sahaja.

“Saya diberitahu ia pesawat terbaik kerana membawa pemimpin paling berkuasa di dunia yang juga berasal dari Kenya,” katanya.

Kedua-dua Air Force One itu adalah antara lapan bayi yang dilahirkan awal Sabtu lalu di Hospital Kisumu Jaramogi Oginga Odinga dan dinamakan sempena kunjungan Obama, kata jururawat Dolphin Akinyi.

Tiga bayi perempuan juga dinamakan dengan nama yang dikaitkan dengan Obama. Seorang dinamakan
Michelle, sempena isteri pemimpin AS itu, seorang lagi Malia dan yang ketiga Malia Sasha, sempena dua anak Obama.

Bagaimanapun, setakat ini, tidak ada laporan mengenai anak yang dinamakan sempena nama limosin Obama yang popular dengan gelaran ‘The Beast’ (Haiwan). – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan