Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,724

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Anak diikat ibu bekerja

9:26am 20/05/2016 Pak Roshan 1426 views Global
SHIVANI diikat pada batu. Gambar kecil, bayi itu didukung ibunya.

SHIVANI diikat pada batu. Gambar kecil, bayi itu didukung ibunya.

Ahmedabad: Seorang bayi berusia 15 bulan ditemui diikat pada batu di kawasan pembinaan, tempat ibunya bekerja dengan gaji RM16 sehari.

Bayi itu, Shivani, diikat dengan pita merah-putih oleh ibunya atas alasan untuk menghalangnya berkeliaran.

Ketika ditemui kelmarin, suhu di kawasan tempat bayi itu ditinggalkan mencecah 40 darjah Celsius.

Menurut ibunya, Sarta Kalara, 23, dia mengikat anaknya bagi menghalang Shivani merayap bagi membolehkan dia bekerja.

Kalara yang bekerja menggali lubang untuk kabel elektrik di satu kawasan pembinaan di Ahmedabad, barat India berkata: “Saya terpaksa mengikatnya untuk memastikan dia tidak merayap hingga ke jalan raya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan