Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anak dihempap kereta depan ibu

anak dihempap kereta

PARIT BUNTAR:  “Luluh hati saya bila lihat jasad anak dalam keadaan berlumuran darah akibat dihempap kereta. Saya tidak menyangka kejadian itu berlaku di depan mata dalam sekelip mata.”

Itulah luahan Sharifah Yusof, 39, ibu kepada Muhammad Ilham Zaki Saaidi, 8, yang maut dalam kejadian di Jalan Bagan Tiang, Tanjung Piandang, semalam.
Kejadian berlaku jam 7 pagi apabila kereta jenis Proton Saga Aeroback yang dipandu Sharifah, terbabas dan terbalik akibat terlanggar kabel penyokong tiang elektrik di tepi jalan ketika dalam perjalanan menghantar anak lelakinya itu ke sekolah selepas menghantar seorang lagi anak lelaki di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lope, Tanjung Piandang di sini.

Mangsa yang juga pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan Megat Aris, Bagan Tiang, tercampak melalui tingkap penumpang hadapan sebelum dihempap kenderaan itu dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut Sharifah, dia hanya mampu menjerit memanggil nama anaknya berkali-kali selepas kereta yang dinaiki terbabas dan terbalik dalam kejadian itu.
“Saya hanya terdengar bunyi cermin kereta bahagian penumpang pecah dan selepas kereta terbalik, saya terkejut apabila mendapati Muhammad Ilham sudah tidak sedarkan diri akibat dihempap bahagian sisi kereta,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, abang mangsa, Johan Arif Muhammad, 13, berkata, dia tidak menyangka kehilangan adiknya selepas mereka bersama-sama menaiki kereta untuk ke sekolahnya sebelum kejadian itu.
“Sebelum ini, hubungan kami amat rapat, malah kami sering bermain bersama adik kecil yang berusia dua tahun.

“Tetapi, sikap adik (Muhammad Ilham), berubah sejak kebelakangan ini, malah dia turut pergi memancing di parit hadapan rumah berseorangan pada lewat petang semalam (kelmarin). Saya benar-benar terasa kehilangan arwah kerana dia seorang adik yang baik,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Asisten Komisioner Mat Fauzi Nayan berkata, ketika dalam perjalanan ke sekolah mangsa, kenderaan yang dinaiki mangsa dan ibunya difahamkan hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik ke bahagian sisi sebelah penumpang selepas tayar kereta terlanggar kabel penyokong tiang elektrik di tepi jalan.
“Siasatan mendapati ketika kejadian, mangsa yang berada di bahagian hadapan tempat duduk penumpang tercampak keluar sebelum dihempap kenderaan itu.
“Akibat kejadian itu, mangsa yang cedera parah, maut di tempat kejadian, manakala ibunya hanya cedera ringan,” katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan mayat mangsa di hantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat. -SUMBER PHOTO- myMetro

Komen


Berita Berkaitan