Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,781

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Anak Bung tanding ahli parlimen belia Malaysia

11:02am 25/10/2016 Leolerry Lajius 4835 views Sandakan,Tempatan
TIMBA PENGALAMAN... Mohd Kurniawan Naim (dua dari kiri) bersama rakan-rakan semasa menghadiri pembetangan Bajet 2017 di Parlimen Baru baru ini.

TIMBA PENGALAMAN… Mohd Kurniawan Naim (dua dari kiri) bersama rakan-rakan semasa menghadiri pembetangan Bajet 2017 di Parlimen Baru baru ini.

SANDAKAN: Dengan wawasan  mahu menggerakkan belia hari ini supaya mempunyai agenda yang lebih jelas dengan strategi yang tersusun, mampu meneruskan tindakan serta pandangan  untuk sama-sama  menyumbang kepada keperluan pembangunan negara khususnya di kalangan kaum belia Anak kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin   iaitu Mohd Kurniawan Naim Moktar turut menawarkan diri untuk bertanding  sebagai  Ahli Parlimen Belia Malaysia bagi sesi 2017/2018.
Menurut Mohd Kurniawan Naim, 22  golongan belia dalam mendepani cabaran masa kini perlu di perkuatkan dengan tradisi ilmu dan pemikiran global,futuristik dan melihat masa depan dengan penuh yakin sesuai dengan ledakan teknologi maklumat, arus globalisasi serta keadaan dunia tanpa sempadan.
“ Situasi ini turut memberikan dorongan untuk saya  menawarkan diri bertanding sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia untuk sesi 2017/2018 ,kerana saya melihat masih banyak isu isu serta keperluan kaum belia khususnya di Sabah yang perlu diperjuangkan dalam flatfrom yang lebih luas khususnya Parlimen Belia Malaysia dimana kita dapat berbahas dan dapat memberikan pandangan serta idea untuk memperkasakan golongan belia di negara ini” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Mohd Kurniawan Naim, 22, mendapat pendidikan awal sekolah rendah dan menengah di SRS Seri Insan dan SMS Seri Insan, kemudian melanjutkan pengajian peringkat diploma di Polyetechnic West, Australia pada 2012-2014 dalam bidang Kulinari (Commercial Cookery). Kemudian melanjutkan pengajiannya di Open Universiti Malaysia dalam bidang  pengurusan Sains Politik (Executive Diploma Political Science).

Beliau yang lebih berminat dalam bidang perniagaan memilih bidang ini sebagai kerjayanya dan bakal membuka perniagaan Bakery yang pertama (  Naah!im Bakery) yang akan di lancarkan pada Bulan November ini di Manila, Philippines.

Aktif dalam beberapa buah badan  NGO dan parti politik, Mohd Kurniawan Naim  merupakan Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Kinbatangan, Pengerusi Skuad Muda 1JPJ Kinabatangan dan Naib Pengerusi Belia SABAS (Sabah Association of Bangsa Sungai)  turut menjadi asas bagi beliau meneruskan khidmat  bakti kepada golongan belia melalui Parlimen Belia Malaysia sekiranya diberikan peluang menduduki salah satu kerusi Parlimen Belia Malaysia pada pemilihan pengundian secara dalam talian  yang dijadulkan bermula 14-20 November 2016 dan keputusan rasmi siapakah yang  layak menjadi Ahli Parlimen Malaysia  bakal diumumkan pada 24 November nanti.

Penyertaan Mohd Kurniawan Naim calon Ahli Parlimen Belia Malaysia yang memegang nombor calon SBH 011 dengan manifesto “ Demi Sabah Untuk Malaysia” dilihat mampu menyumbang sesuatu untuk pembangunan kaum belia khususnya di kawasan luar bandar di negeri ini yang masih memerlukan pembelaan serta penjelasan mengenai dasar dan program kerajaan yang boleh mereka manfaatkan.

Anak muda yang gemar mengisi masa lapangnya  dengan aktiviti kemasyarakatan ini, juga turut menggemari aktiviti riadah antaranya  sukan Bola Sepak, Futsal, Bowling, Table Pool, Joging, Hiking selain gemar membaca dan memasak.

Ketika diminta menjelaskan terperinci hasrat beliau menawarkan diri bertanding untuk menduduki Ahli Parlimen Belia Malaysia, Mohd Kurniawan Naim berkata, selain dorongan  dari keluarga, beliau juga sering terlibat dengan program-program bapanya sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Umno Bahagian.

“ Pengalaman belajar di luar negara banyak mengajar saya  kerana di negara-negara maju  seperti  Australia, United Kingdom, dan negara negara Eropah   lebih awal mewujudkan Parlimen Belia dan menjadikan Parlimen Belia sebagai wadah perbincangan mengenai isu isu belia” katanya

Mohd Kurniawan Naim turut mengakui  penyertaannya untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia turut mendapat  dorongan bapanya yang melihat Parlimen Belia Malaysia sebagai medium terbaik untuk membawa dan membincangkan isu isu pembangunan belia khususnya di Sabah

“ Daddy selain sebagai ikon saya juga  turut memberikan galakan untuk saya menawarkan diri bertanding sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia kerana ini adalah peluang saya untuk melebarkan perjuangan untuk  memperjuangkan isu isu belia khususnya di Sabah,pesan beliau saya kena manfaatkan peluang diberikan selain menjaga niat bertanding” katanya

Sambil mengharapkan dan menghargai sokongan dari seluruh belia di negeri ini, Mohd Kurniawan Naim turut mengingatkan golongan belia di negeri ini agar mendaftar  dan mendapatkan maklumat lanjut Parlimen Belia Malaysia dengan melayari laman web Parlimen Belia Malaysia di http://www.parlimenbelia.gov.my ./SayangSabah

 AKTIF...Mohd Kurniawan Naim menerima cendera kenangan dari Datuk Bung Moktar Radin Ketua Umno Bahagian Kinabatangan dalam program Membara anjuran Pergerakan pemuda Umno bahagian  Kinabatangan Sandakan baru baru ini.

AKTIF…Mohd Kurniawan Naim menerima cendera kenangan dari Datuk Bung Moktar Radin Ketua Umno Bahagian Kinabatangan dalam program Membara anjuran Pergerakan pemuda Umno bahagian Kinabatangan Sandakan baru baru ini.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan