Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anak buang cangkul, bapa maut

Douglas menunjukkan ginsok yang patah akibat dihentak pada tiang oleh mangsa.
Douglas menunjukkan ginsok yang patah akibat dihentak pada tiang oleh mangsa.

KENINGAU: Gara-gara marah anak buang cangkul seorang bapa maut apabila terkena sendiri peluru ginsok yang dihentaknya pada tiang rumah untuk melepaskan geramnya.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata, menurut keterangan anak mangsa, bapanya menghentakkan ginsok sedia berisi peluru pada tiang rumah mereka sehingga patah dan meletup.

Katanya, mangsa Anthony Duronsoi 56 dari salah sebuah kampung di daerah ini maut selepas menerima rawatan selama tiga hari di hospital Keningau.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian tepi badan dan bahagian rusuk sebelah kiri disahkan meninggal dunia pada jam 6.15 petang pada 24 November lepas di hospital berkenaan” katanya dalam sidang media di IPD Keningau di sini pada Jumaat.

Douglas memberitahu, menurut Doktor yang merawat mangsa, terdapat lapan butir peluru masih berada di dalam badan mangsa dan mangsa mengalami pendarahan dalaman yang banyak dan bedah siasat yang dijalankan hanya berjaya mengeluarkan sebiji sahaja peluru. -Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan