Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anak-anak Yatim Kita Juga Prihatin Terhadap Penderitaan Di Gaza – Azizah

azizah

BEAUFORT– Keprihatinan masyarakat di negara ini terhadap penderitaan rakyat Palestin di Gaza terserlah apabila kumpulan anak-anak yatim juga turut menyumbang kepada tabung bantuan yang diwujudkan pelbagai pihak.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata walaupun kelompok itu sendiri dikategorikan sebagai yang memerlukan bantuan, atas dasar prihatin nasib rakan sebaya di Palestin mereka tidak lokek menderma.

“Ini menunjukkan betapa anak-anak ini juga turut merasai keperitan dan penderitaan rakan-rakan sebaya di Gaza walaupun mereka tidak saling mengenali,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Dewan Masyarakat Beaufort, di sini Sabtu.

Sehubungan itu beliau menggesa rakyat di negara ini agar terus menyumbang kepada tabung-tabung bantuan bagi membantu penduduk Palestin yang sedang menderita akibat serangan rejim Zionis tersebut.

Pada majlis itu, Azizah turut menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada Tabung Kanak-Kanak di Gaza yang dilancarkan pada Ramadan lalu.

Komen


Berita Berkaitan