Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anak-anak perlu di awasi ketika usia remaja

Hamisa (kiri) menerima cenderahati daripada pihak penganjur.
Hamisa (kiri) menerima cenderahati daripada pihak penganjur.

TAWAU- Datuk Hajah Hamisa Samat meminta ibu bapa memberi perhatian terhadap anak-anak mereka terutama dalam usia remaja berikutan persekitaran sosial yang semakin mencabar sekarang.

Beliau yang Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat berkata, mereka jangan memandang mudah akan tanggungjawab masing-masing dengan memastikan generasi muda terbabit tidak terjebak dalam masalah seperti gengsterisme mahu pun penagihan dadah.

“Janganlah ibu bapa terus bergantung kepada pihak sekolah untuk mendidik anak-anak mereka kerana mereka mempunyai tanggungjawab yang lebih meluas.

“Ini kerana dalam usia remaja, mereka hendak melakukan macam-macam perkara terutama dalam menjalinkan persahabatan dengan rakan-rakan sebaya”, ujarnya.

Jelasnya, ibu bapa perlu membuat persediaan daripada segi fizikal dan mental supaya tidak menghadapi kejutan apabila mengalami perubahan daripada dalam diri anak-anak.

Katanya, perubahan tersebut perlu ditangani dengan rasional dan bijaksana supaya tidak timbul sebarang ketidakpuasan hati antara dua pihak iaitu acuan yang disediakan oleh ibu bapa atau agenda tersendiri yang dibentuk oleh remaja.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Motivasi Ibu Bapa di Kampung Merotai, di sini, kelmarin.

Menurut Hamisa, ibu bapa perlu sentiasa memberi peluang kepada generasi muda meluahkan apa yang mereka rasa kemudian berkongsi dengan generasi dewasa untuk sama-sama mejalani hidup lebih sempurna.

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu mengingatkan ibu bapa jangan terlalu ghairah untuk mengejar kejayaan peribadi hingga melupakan soal keluarga.

Katanya, jika terjadi apa juga masalah berlaku dalam keluarga hingga menimbulkan kesedihan di kalangan ibu bapa terbabit, mereka harus dipersalahkan.

“Kita mesti jadikan suasana keluarga kita ibarat sebuah syurga dunia dan dengan sentiasa menimbulkan rasa gembira,” jelasnya.

Dengan adanya rasa kegembiraan itu, beliau percaya ia boleh membawa suasana yang ceria dan gembira kepada mereka hingga ke pejabat.- SayangSabah

Ibubapa yang hadir semasa program motivasi itu
Ibubapa yang hadir semasa program motivasi itu

Komen


Berita Berkaitan