Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Amy AF3 Lebih Maskulin, Raya Berbaju Melayu & Bersongkok

amy af3

Beberapa tahun yang lepas berita mengenai bekas peserta Akademi Fantasia Musim Ketiga ini menjadi tomboy atau pengkid pernah menjadi perhatian ramai.

Yang terbaru, nama Amylia atau lebih dikenali sebagai Amy AF3 kembali menjadi sebutan apabila fotonya berbaju Melayu dan bersongkok pada raya tahun ini tersebar di laman sosial.

Lebih mengejutkan, perubahan ketara pada perwatakan serta fizikalnya yang kini semakin menyerupai lelaki berbeza sekali dengan wajahnya ketika pertama kali menyertai AF tidak lama dahulu.

Menerusi foto yang tersebar itu, kelihatan Amy lebih maskulin apabila rahangnya semakin lebar, berkumis nipis serta lengkap dengan baju Melayu dan bersongkok.

Daripada foto terbabit juga kita dapat melihat Amy, penyanyi yang berasal dari Sarawak itu sedang menyambut Aidilfitri bersama rakan-rakannya.

Amylia merupakan antara peserta yang menyerlah juga selain rakan-rakan seangkataannya Mawi, Marsha Milan, Reza, Amylea, Yazer, Felix, Eliza dan Kefli.

Lagi gambar Amylia AF3 dengan imej maskulinnya.

Komen


Berita Berkaitan