Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Amukan orang kampung

8:44am 06/03/2016 Pak Roshan 8136 views Global
GAMBAR suspek diarak keliling kampung dan diserahkan kepada polis dimuat naik penduduk ke media sosial.

GAMBAR suspek diarak keliling kampung dan diserahkan kepada polis dimuat naik penduduk ke media sosial.

Buenos Aires: Seorang lelaki yang ditangkap ketika cuba merogol seorang budak perempuan berusia lapan tahun dibogelkan sebelum diikat dengan tali dan dipaksa berjalan di sekitar kampungnya untuk memalukannya.

Kejadian berlaku di kejiranan Santa Brigida, Buenos Aires dengan gambar lelaki berkenaan yang tidak memakai seurat benang dan berkaki ayam berjalan sejauh kira-kira 0.6 kilometer dengan tangannya diikat tali sebelum diserahkan kepada polis.

Polis wanita yang melakukan tangkapan kemudian dilihat memotong talinya, menggari suspek dan menolaknya masuk ke dalam kereta masih dalam keadaan tidak berbaju, sementara orang ramai mengelilingi kenderaan itu dan memaki-hamunnya.

Seorang lelaki menjerit “Lain kali kami akan bunuh kamu!” manakala suara wanita pula didengar berkata “Menjijikkan! Ikat saja dia pada belakang kereta!”- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan