Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Amukan askar pencen

ORANG ramai berlindung selepas seorang lelaki melepaskan tembakan di lapangan terbang Fort Lauderdale, Florida, kelmarin. – AP

Miami: Seorang bekas askar Amerika Syarikat (AS) melepaskan tembakan di lapangan terbang Fort Lauderdale di Florida kelmarin menyebabkan lima terbunuh dan lapan lagi cedera.

Esteban Santiago, 26, yang pernah berkhidmat di Iraq dilaporkan menyerah diri selepas melepaskan tembakan ke arah orang ramai hingga kehabisan peluru.

Lelaki itu mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan ke arah penumpang yang menunggu di tempat mengambil bagasi di terminal 2, lapangan terbang berkenaan pada jam 1 petang (waktu tempatan).

Kejadian itu menyebabkan ribuan penumpang bertempiaran menyelamatkan diri dan lapangan terbang itu ditutup selama beberapa jam.

Seorang saksi, John Schlicher memberitahu Fox News, dia mendengar bunyi tembakan ketika mengambil begnya dan seorang penumpang di sebelahnya terus rebah.

“Keadaan ketika itu sangat sukar dipercayai. Lelaki itu memegang pistol dan menembak ke arah orang ramai yang berdiri untuk mengambil bagasi,” katanya.

Seorang pegawai Biro Siasatan Persekutuan (FBI), George Piro memberitahu, Santiago menaiki penerbangan dari Alaska ke Fort Lauderdale.

Menurut laporan CBS, lelaki itu terbabit dalam satu pertengkaran ketika dalam perjalanan berkenaan.

CNN pula melaporkan, lelaki itu membawa pistol di dalam bagasi miliknya selepas mendapat kebenaran pihak berkuasa lapangan terbang.

Kata Piro, pada November lalu, Santiago datang ke pejabat FBI di Anchorage namun dia ditahan polis dan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan mental.

Keluarga Santiago memberitahu, lelaki itu menjalani rawatan kerana masalah mental kerana berperangai pelik sejak pulang berkhidmat di Iraq. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan