Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Amuk Tak Dapat Hadiah Hari Valentine

Gaduh

Tokyo – Seorang wanita berusia 43 tahun semalam ditahan atas tuduhan cubaan membunuh selepas dia didakwa mencekik suaminya kerana tidak memperoleh balasan hadiah yang diberikan kepada lelaki itu pada Hari Valentine.

Lelaki Jepun biasanya memberikan pasangan mereka hadiah setiap 14 Mac yang dikenali sebagai ‘Hari Putih,’ sebagai balasan kepada coklat dan hadiah lain yang mereka terima pada Hari Valentine pada 14 Februari.

Tetapi selepas gagal menerima hadiah daripada suaminya yang berusia 31 tahun Sabtu lalu, Mie Nishiyama cuba menjerut lelaki itu dengan tali lehernya.

Nishiyama ditahan di kediamannya di Sakai, bandar di barat Jepun sejurus selepas tengah malam setelah polis menerima laporan daripada suaminya.

Wanita itu bagaimanapun memberitahu polis, dia mengesyaki suaminya menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

“Dia tidak beri saya hadiah sebagai balasan kepada hadiah yang saya berikannya pada Hari Valentine. Saya marah dan cuba menjerutnya. Tetapi saya tidak berniat membunuhnya,” kata polis.

Budaya Barat mengenai Hari Valentine diubah suai apabila ia berkembang ke Jepun dengan wanita menghadiahkan coklat atau hadiah lain kepada lelaki, termasuk suami, ketua dan rakan.

Masyarakat Jepun kemudian mewujudkan Hari Putih untuk memberi peluang kepada lelaki membalas hadiah berkenaan. – AFP

Komen


Berita Berkaitan