Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,824

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Amuk suami isteri

9:04am 04/12/2015 Pak Roshan 754 views Global
ORANG ramai yang dipindahkan dari Inland Regional Centre menunggu untuk dibenarkan pulang.

ORANG ramai yang dipindahkan dari Inland Regional Centre menunggu untuk dibenarkan pulang.

San Bernardino (Amerika Syarikat): Sepasang suami isteri berusia 20-an maut selepas berbalas tembakan dengan polis sejurus menyerang parti Krismas di sebuah pusat khidmat masyarakat di San Bernardino, semalam, menyebabkan 14 kematian dan 17 cedera.

Polis mengenal pasti lelaki itu sebagai Syed Farook berusia 28 tahun, warga Amerika Syarikat (AS) yang bekerja di tempat kejadian manakala isterinya, Tashfeen Malik, 27, dipercayai dari Arab Saudi.

Ketua Polis San Bernardino, Jarrod Burguan mengesahkan kedua-dua suspek mati dan polis yakin tiada sesiapa lagi terbabit dalam kejadian itu.

Pasangan itu menyasarkan sambutan parti akhir tahun yang berlangsung di dewan di Inland Regional Centre.

“Kami masih belum mengetahui motif serangan, namun kami tidak menolak kemungkinan keganasan.

“Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan,” kata Burguan.

Rakan sekerja Syed Farook menganggapnya ‘kuat agama’ tetapi bukan seorang Islam fanatik.

Pasangan itu dipercayai mempunyai seorang anak perempuan berusia enam bulan yang dijaga ibu Syed Farook ketika kejadian.

Menurutnya, Syed Farook penyelidik alam sekitar di jabatan kesihatan daerah itu selama lima tahun.

Ketika kejadian, dia dan Tashfeen berpakaian ala tentera menjalankan serangan bersenjata dengan memasuki dewan itu.

Menurut Burguan, Syed Farook menghadiri parti Krismas yang dianjurkan oleh jabatan kesihatan itu dan beredar selepas berlaku perselisihan faham.

Tidak lama kemudian dia kembali ke parti itu dengan Tashfeen dan membawa senjata serta pistol semiautomatik.

“Berdasarkan cara mereka, serangan ini nampak seperti dirancang lebih awal,” katanya.

Katanya, penyerang tertinggal bahan letupan dan pihak berkuasa hanya dapat masuk ke tempat kejadian beberapa jam selepas serangan itu.

Ejen Biro Penyiasat Persekutuan (FBI) menyerbu sebuah apartmen di bandar Redlands berhampiran, di mana kedua-dua suspek dilihat sebelum polis mengejar dan berakhir dengan insiden berbalas tembakan.

Sementara itu, Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR) mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan itu.

Pengarah Eksekutifnya di Los Angeles, Hussam Ayloush berkata:
“Masyarakat Islam memberi sokongan penuh kepada rakyat Amerika bagi mengetepikan cara pemikiran orang yang mewajarkan keganasan.”

Abang ipar Syed Farook, Farhan Khan dalam sidang akhbar yang dianjurkan CAIR berkata, dia tidak tahu apa yang mendorong suspek bertindak seperti itu.

“Saya terkejut perkara seperti ini boleh berlaku,” katanya.

Los Angeles Times memetik kenyataan beberapa rakan sekerja Syed Farook sebagai berkata, dia sebelum ini pergi ke Arab Saudi dan kembali ke Amerika selepas berkahwin.

Sementara itu, saksi menceritakan bagaimana mereka menyelamatkan diri dengan bersembunyi di dalam pejabat sebaik mendengar tembakan.

Pengarah eksekutif pusat itu, Lavinia Johnson berkata, dia dan kakitangannya bersembunyi di bangunan lain selama dua jam sebelum diselamatkan polis.- AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan