Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Amuk lepas gaduh kekasih

ANGGOTA keselamatan memeriksa tempat kejadian.
ANGGOTA keselamatan memeriksa tempat kejadian.

Vienna: Seorang lelaki bersenjata menembak mati tiga orang dan mencederakan 11 yang lain sebelum membunuh diri dalam kejadian tembakan di sebuah acara yang dianjurkan kelab motosikal di barat Austria.

Ketika kejadian, lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan bertengkar dengan teman wanitanya beberapa minit sebelum menyerbu acara terbuka di luar bandar Nenzing, berhampiran sempadan Lichtenstein, awal pagi semalam.

Tidak lama selepas itu, penyerang mengambil senjata – dipercayai senapang – dari keretanya dan melepaskan tembakan rambang ke arah kira-kira 150 orang.

Dia kemudian berjalan ke tempat letak kereta berdekatan, sebelum membunuh diri dengan senjata berkenaan.

Acara terbabit dianjurkan sebuah kelab motosikal tempatan. Rakaman video di tempat kejadian menunjukkan pekerja perkhidmatan kecemasan turut berada di tempat kejadian.

Menurut laporan tempatan, sebahagian daripada mereka yang cedera kini berada dalam keadaan kritikal di hospital.

Jurucakap polis, Susanne Dilp berkata, semua mangsa mengalami ‘pelbagai jenis kecederaan.’

Sementara itu, teman wanita penyerang terbabit tidak mengalami kecederaan dalam serangan berkenaan . Polis bersenjata kekal berjaga-jaga di tempat kejadian, kerana siasatan masih berterusan. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan