Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Amuk lautan

diselematkan

PELABUHAN KLANG: “Kalau bukan kerana ada orang yang selamatkan saya, mungkin nasib saya sama dengan anak saudara yang hilang dipukul ombak,” kata seorang wanita dikenali sebagai Dahlia, 22, seorang daripada 18 mangsa yang terselamat dalam kejadian bot terbalik di Beacon Api Gila di perairan Sepang.

Dalam kejadian jam 5 pagi kelmarin, bot dinaiki mangsa bersama 27 penumpang lain terbalik selepas dibadai angin kencang dipercayai angkara Ribut Sumatera selepas mereka bertolak dua jam dari pantai Morib.

Ribut Sumatera ialah satu konsep geografi yang merujuk kepada keadaan ribut kencang yang melanda pantai barat Semenanjung dari Pelabuhan Klang hingga Kukup di selatan Johor.

Biasanya Ribut Sumatera berlaku di antara peralihan Angin Monsun Barat Daya dengan Angin Monsun Timur Laut. Angin Monsun Timur Laut bertiup dari bulan November hingga Mac setiap tahun manakala Angin Monsun Barat Daya bertiup dari Jun hingga Oktober.
Dahlia berkata, dia bersama kakak ipar dan anak saudara perempuannya berusia dua tahun menaiki bot untuk pulang ke Tanjung Balai, Indonesia bagi menyambut Ramadan dan Aidilfitri.

Komen


Berita Berkaitan