Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

AmSpa anjur Minggu Kesihatan Sedunia

Jeanette (tiga dari kanan, menunjukkan isyarat Wellness selepas sidang media mengenai penganjuran Minggu Kesihatan Sedunia pada 22 dan 23 September ini di Suria Sabah. – Gambar SNT / Sitti Nor Azizah Talata

KOTA KINABALU: Persatuan Spa Malaysia (AmSpa) mempelawa orang ramai menyertai Minggu Kesihatan Sedunia yang akan diadakan pada 22 dan 23 September ini bertempat di pusat beli belah Suria Sabah, Kota Kinabalu.

Presiden AmSpa, Datin Jeanette Tambakau berkata, program bercorak kesihatan itu menyediakan pelbagai acara menarik seperti yoga, zumba, flash mob dan bengkel kreativiti selain aktiviti untuk kanak-kanak yang  dikendalikan oleh pakar dan pengamal kesihatan profesional.

“Lebih 1,000 peserta daripada 50 buah negara akan bersama-sama dengan kita sepanjang program itu. Mereka adalah pihak organisasi bukan berasaskan keuntungan yang terlibat secara langsung dalam perniagaan berkaitan kesihatan.

“Dengan sokongan aktif sebanyak 35 persatuan spa dan pelancongan, Minggu Kesihatan Sedunia akan dijayakan serentak di 70 negara pada hari itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Jeanette yang merupakan pengerusi penganjur berkata, program itu bertujuan mendidik masyarakat umum mengenai konsep kesihatan moden dan canggih melalui penganjuran bengkel kesihatan.

Selain itu katanya, program itu juga merupakan platform bagi pengusaha produk kesihatan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka dan gaya hidup melalui pameran. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan