Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ambuyat Tarikan Terkini Pelancongan Beaufort

7:39pm 28/07/2016 Pak Roshan 1331 views Beaufort,Berita Pilihan,Mutakhir,Tempatan

ambuyat

BEAUFORT : Ambuyat, sejenis hidangan yang dihasilkan daripada bahagian dalam batang sagu sawit, kini menjadi tarikan pelancongan di daerah ini.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Sairin Karno berkata para pelancong ke daerah ini pasti disajikan dengan Ambuyat, dan langkah itu menjadikan hidangan itu sebagai produk pelancongan.

“Kita berharap promosi makanan tradisi ini diperhebatkan lagi untuk menarik lebih ramai pelancong. Pelancong mesti ingin merasai uniknya makanan di sesebuah kawasan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Fiesta Citarasa Tradisi sempena Festival Bagandang di sini, hari ini.

Beliau berkata dengan adanya produk peloncangan baharu itu, penduduk setempat berpeluang untuk menjana pendapatan, selain membantu mengembangkan lagi taraf ekonomi di daerah itu.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan