Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ambulans dirempuh, dua cedera

Ambulans terbalik selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda. Gambar kecil menunjukkan seorang mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan.
Ambulans terbalik selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda. Gambar kecil menunjukkan seorang mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan.

KOTA KINABALU: Sebuah ambulans yang sedang membawa seorang pesakit terbabit dalam kemalangan jalanraya dengan sebuah pacuan empat roda di persimpangan lampu isyarat Damai, Jalan Tuaran Lama di sini petang tadi.
Polis trafik daerah ketika dihubungi berkata, van ambulan milik Lions itu turut membawa seorang pembantu perubatan serta pemandu.
“Dalam kejadian jam 5.00 petang itu, ambulans yang membawa pesakit dalam perjalanan dari Poliklinik Jalan Pantai menuju ke Hospital Queen Elizabeth 2,” katanya.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, ketika sampai lokasi persimpangan lampu isyarat tersebut, sebuah pacuan empat roda Isuzu Dmax dari arah Likas tiba-tiba melanggar bahagian belakang ambulan berkenaan.
“Rempuhan itu mengakibatkan ambulan terbabit terbalik,” katanya lagi.
Semua mangsa yang mengalami cedera ringan, dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
“Bagaimanapun, pemandu Isuzu Dmax serta pembantu perubatan ambulan tidak mengalami kecederaan,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah.

Komen


Berita Berkaitan