Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ambil tindakan segera banteras pendawaian haram

Fauzi bersama-sama anggota bomba lain memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Apolos yang terkorban semasa operasi memadam api kebakaran semalam.
Fauzi bersama-sama anggota bomba lain memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Apolos yang terkorban semasa operasi memadam api kebakaran semalam.

SANDAKAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, menggesa pihak berkuasa berkaitan supaya segera mengambil tindakan sewajarnya untuk membanteras aktiviti pendawaian elektrik secara haram.

Pengarahnya, Nordin Fauzi berkata, tindakan itu penting bagi mengelak lebih banyak perkara buruk berlaku di masa hadapan sehingga meragut nyawa anggota bomba serta agensi penguatkuasa lain semasa menjalankan operasi menyelamat mangsa.

“Dengan ini, saya menggesa tindakan dan langkah segera diambil terhadap aktiviti pendawaian haram,” katanya ketika ditemui semasa menziarahi keluarga pegawai bomba mendiang Apolos Jeromos di Hospital Duchess of Kent di sini hari ini.

Mendiang Apolos, 25, terkorban akibat terkena renjatan elektrik semasa menjalankan operasi pemadaman kebakaran api belukar bersama anggota bomba lain di kawasan seluas kira-kira tiga hektar di Taman Kenari, Bt 7, di sini semalam.

“Pemergian mendiang Apolos merupakan satu kehilangan yang besar kepada JBPM Sabah, apatah lagi mendiang adalah anggota Pasukan Khas STORM yang turut terlibat dalam Op Gempa Bumi di Ranau baru-baru ini,” katanya lagi.

Menurutnya siasatan awal bomba mendapati wayar elektrik itu adalah hasil penyambungan haram dari sebuah rumah pam ke kawasan setinggan yang berdekatan.

Sementara itu, beliau berkata perkara berkaitan kebajikan ke atas waris mendiang akan diuruskan oleh pihak JBPM termasuk kelayakan ex-gratia dari Kumpulan Wang Kebajikan Bomba.

“Semoga waris dan keluarga mendiang sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan yang memeritkan ini, terutama kepada isterinya yang sedang hamil anak pertama,” katanya lagi.

Oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan