Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

AMBIL PESAKIT TALASEMIA SEBAGAI ANAK ANGKAT UNTUK DERMA DARAH

Alex (kiri) menyampaikan goodies kepada para penderma darah di Maybank Karamunsing. Gambar SNT/Ehsan Pendarah

KOTA KINABALU: Persatuan Penderma Darah (Pendarah) mencadangkan supaya masyarakat mengambil pesakit Talasemia sebagai anak angkat dan menderma darah kepada mereka setiap tiga bulan.

Presiden Pendarah, Alix Sunggin berkata, melalui cara ini masalah kekurangan bekalan darah di kalangan pesakit Talasemia dapat diatasi.

Dia berkata, terdapat satu kes dimana seorang pesakit Talasemia itu tidak menghadapi masalah mendapatkan bekalan darah setiap bulan disebabkan adanya penderma tetap.

“Jika seorang pesakit ada empat orang bapa atau ibu angkat pada bulan pertama bapa angkat pertama yang menderma, bulan kedua bapa angkat kedua, bulan ketiga bapa angkat yang ketiga dan bulan keempat bapa angkat yang keempat menderma. Pada bulan keempat bapa pertama tadi sudah boleh menderma semula selepas tiga bulan.

“Kalau begini kita tidak akan mempunyai masalah serius kekurangan darah sampai berbulan-bulan seperti yang sering terjadi kepada pesakit Talasemia.

“Ibubapa pesakit (Talasemia) juga boleh mengambil inisiatif dengan mencari sendiri bapa angkat dan tidak bergantung sematamata kepada pihak hospital,” katanya.

Katanya, orang ramai bolehlah mendapatkan senarai pesakit yang memerlukan bapa atau ibu angkat di website Pendarah www.pendarah.com.

Antara jenis darah yang selalu diperlukan oleh pesakit Talasemia adalah jenis O R1R1, sejenis darah yang amat jarang.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan Kempen Derma Darah di Maybank Cawangan Karamunsing Sabtu lalu.

Kempen tersebut adalah anjuran bersama Pendarah dengan Kelab Sukan Maybank dan dibantu Jabatan Transfusi Darah Hospital Queen Elizabeth II.

Dalam kempen tesebut Pendarah turut menyumbang 30 kampit beras sebagai goodies kepada penderma.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan