Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ambil langkah awal pelihara kawasan terumbu karang

terumbu

Kuala Lumpur: Kerajaan disaran mengambil langkah awal bagi memulihara kawasan terumbu karang di kebanyakan pulau di negara ini terutama di Pantai Timur serta Sabah yang terdedah dengan fenomena El Nino yang dijangka berlaku dalam masa terdekat.

Mantan Ketua Bahagian Direktorat Oseanografi Kebangsaan, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar berkata, berdasarkan kajian pada tahun sebelum ini kenaikan suhu permukaan air laut disebabkan fenomena itu di kawasan seperti Pulau Tioman, Pahang, Johor, Terengganu dan Sabah mengakibatkan pemutihan terumbu karang.

Kerajaan perlu bersiap sedia dengan merangka pelan kecemasan untuk memastikan impak El Nino kepada terumbu karang dapat dikurangkan.

“Jika fenomena itu berlaku, kerajaan perlu mengawal kawasan yang mungkin terjejas disebabkan kita sudah tahu kawasan mana yang terpelihara.

“Kita memang sudah jangka keadaan itu akan berlaku di kawasan terumbu karang terbabit, jadi kita perlu lihat terumbu karang yang boleh diselamatkan, spesies terancam dan juga tahan lasak untuk terus dipelihara untuk masa akan datang,” katanya pada majlis perasmian Sambutan Hari Lautan Sedunia 2014 di Pusat Sains Negara di sini, semalam.

Majlis disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ewon Ebin.

Turut hadir, Ketua Setiausaha MOSTI Datuk Dr Rosli Mohamed, Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu Prof Madya Dr Effendy Abd Wahid dan Pengarah Pusat Sains Negara Prof Madya Dr Irmawati Ramli.

Terdahulu dalam ucapannya Ewon berkata, semua pihak diseru meningkatkan kesedaran pemeliharaan rantaian ekosistem lautan dan sumbernya agar dapat memberi kesan positif kepada generasi akan datang apabila kelangsungan sumber makanan laut terjamin.

Beliau berkata, pemusnahan habitat marin akibat tindakan manusia yang tidak dikawal di perairan negara boleh mengancam spesis marin tempatan.

Komen


Berita Berkaitan