Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ambil Berat Kebajikan Penduduk Setempat: Azizah

datuk azizah mohd dun

KOTA KINABALU– Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun mengingatkan pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi agar mengambil berat kebajikan penduduk di bawah jagaan masing-masing.

Azizah yang juga Anggota Parlimen Beaufort berkata kebajikan masyarakat peringkat akar umbi menjadi tanggungjawab pemimpin seperti ketua kampung dan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) apabila ada di kalangan mereka memerlukan bantuan.

“Setiap pemimpin peringkat akar umbi perlu menjaga kebajikan ahli masyarakat yang berada di kawasan mereka bagi menjamin keselesaan hidup masyarakat secara keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini Jumaat.

Sebagai contoh, katanya, kes seorang wanita di Kampung Sinopokan, Kuala Penyu yang kesemua enam anaknya tidak mempunyai pengenalan diri sepatutnya mendapat bantuan sewajarnya daripada pemimpin peringkat kampung.

Beliau berkata wanita berkenaan terpaksa bergantung hidup kepada bantuan jiran selepas suaminya menghilangkan diri sejak beberapa bulan lalu.

Azizah berkata seorang daripada anak wanita itu yang berusia 11 bulan kini telah memiliki sijil kelahiran sementara manakala yang lain terpaksa menunggu kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Negara kerana pendaftaran lewat.

“Pejabat kebajikan Menumbuk juga sedang berusaha untuk mendaftarkan penama ini supaya menerima bantuan daripada jabatan kebajikan dengan kadar maksimum RM450 sebulan,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan