Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Amaran kepada FB, Twitter

9:55am 26/02/2016 Pak Roshan 11 views Global
GAMBAR mengancam Zuckerberg dan Dorsey.

GAMBAR mengancam Zuckerberg dan Dorsey.

Penyokong Daish mengancam Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg dan Twitter, Jack Dorsey dalam video terbaru, dengan mengkritik usaha mereka yang mahu menghapuskan akaun pengganas dari media sosial.

Video selama 25 minit yang bertajuk ‘Kemarahan Penyokong’ itu dijumpai Vocativ kelmarin, menampilkan gambar wajah dua usahawan berkenaan dipenuhi kesan tembakan.

Dalam video itu, militan mendakwa mereka mengawal lebih 10,000 akaun dan 150 ‘group’ Facebook serta 5,000 profil Twitter – serta memberi amaran akan membalas dendam terhadap sebarang percubaan untuk mengusir mereka dari laman sosial itu.

Sebaris ayat turut terpampang pada skrin video berbunyi: “Kepada pengasas Facebook, Mark dan Twitter, Jack serta kerajaan Salibi mereka.

“Setiap hari anda mengumumkan menutup banyak akaun kami. Itu saja yang anda mampu buat? Kamu bukan lawan kami.”

Ia diteruskan dengan rakaman militan mereka menggodam akaun Facebook dan Twitter, serta menukar gambar profil dengan propaganda Daish.

“Jika anda menutup satu akaun, kami akan buat 10 lagi. Tidak lama lagi, nama anda akan dihapuskan selepas laman web ini dipadam dengan izin Allah dan mengetahui apa yang kami katakan benar,” kata amaran dalam sari kata itu.

Rakaman itu disiarkan dalam Telegram – laman web media sosial yang popular dengan militan Daish – oleh kumpulan yang mengelar diri mereka ‘anak-anak tentera Khalifah,’ lapor Vocativ. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan