Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Amaran Kebakaran Hutan, Belukar Dikeluarkan Di Labuan

kebakaran

LABUAN – Berikutan musim kering sekarang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan mengeluarkan amaran berhubung kebakaran.

Pengarahnya Zainal Madasin berkata musim kemarau menyebabkan tumbuh-tumbuhan cepat menjadi kering, yang sekali gus meningkatkan risiko berlaku kebakaran.

“Kini, kita berdepan dengan musim yang mudah menyebakan kebakaran hutan dan belukar setelah beberapa bulan hujan. Melakukan pembakaran di kawasan hutan pada musim ini tidak lagi dibenarkan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Semalam, anggota bomba ditugaskan memadam kebakaran yang berlaku pada pukul 3 petang di sebuah kawasan di Kampung Sungai Bedaun.

Jabatan Perkhidmatan Meteorologi Malaysia menyatakan musim kemarau sekarang dijangka berlarutan sehingga akhir Mac.

Dalam tempoh itu, paras suhu adalah tinggi manakala kadar kelembapan rendah dan keadaan itu menyebabkan hutan serta kawasan tumbuh-tumbuhan mudah terbakar. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan