Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Amaran Angin Kencang Timur Laut Sehingga Isnin

3:48pm 23/02/2016 Pak Roshan 134 views Mutakhir,Nasional
angin kencang

gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) sehingga Isnin depan.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata cuaca yang sama turut dijangka berlaku di kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Reef South, Kuching, Palawan dan Labuan.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, jabatan itu juga mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dengan kelajuan 50 hingga 60 kmsj serta ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter sehingga Isnin depan.

“Ia dijangka berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang. Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” katanya.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Sulu bermula Khamis ini hingga Isnin depan.

Jabatan itu berkata keadaan itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan