Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Amaran angin kencang sehingga Ahad ini

Gambar hiasan
Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Jabatan Meteorolgi mengeluarkan amaran angin kencang kategori kedua bagi kawasan perairan Sabah di Kudat mulai hari ini sehingga Ahad  (12 Julai).

Dalam kenyataan di laman webnya, jabatan itu melaporkan bahawa angin kencang barat daya dengan kelajuan 50-60 kilometer sejam (klmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Kudat) dijangka berterusan sehingga Ahad.

Jelas kenyataan itu, keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Sementara itu, bagi amanran angin kencang dan laut bergelora bagi kateori pertama turut dikeluarkan bagi negeri dan situasi itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. – SayangSabah

 

 

Komen


Berita Berkaitan