Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Sehingga Rabu

11:23am 24/01/2016 Pak Roshan 434 views Mutakhir,Nasional

angin

KUALA LUMPUR – Angin kencang dan laut bergelora di negeri-negeri pantai timur, Sarawak dan Sabah diramalkan berterusan sehingga Rabu.

Kawasan yang terjejas ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, timur Johor, Sarawak, Labuan dan Kudat dan pantai barat dan pedalaman Sabah, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya angin kencang timur laut dengan kelajuan antara 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) dan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter diramal berlaku di kawasan berkenaan.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” menurut kenyataan itu.

Keadaan sama turut dijangka berlaku di perairan Phuket, Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Reef North, Layang-Layang, Reef South, Kuching, Palawan dand Labuan.

Air pasang turut dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor sehingga Rabu. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan