Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

AMARAN ANGIN KENCANG, LAUT BERGELORA SEHINGGA AHAD

angin

KUALA LUMPUR : Beberapa kawasan perairan diramal dilanda angin kencang dan laut bergelora mulai hari ini hingga Ahad.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), angin kencang Timur Laut dan laut bergelora (kategori kedua) dengan kelajuan angin antara 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj), serta ombak mencapai ketinggian 4.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Samui, Tioman, Condore, Bunguran, Reef North, Layang-layang, Reef South, Labuan, Sulu dan Palawan.

JMM turut mengeluarkan amaran angin kencang Timur Laut dan laut bergelora (kategori pertama) berkelajuan 40 sehingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan, dan Kudat), dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai, perkapalan termasuk perkhidmatan feri dan menangkap ikan.– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan