Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

AMARAN ANGIN KENCANG, LAUT BERGELORA KATEGORI PERTAMA (KUNING) MULA 14 – 17 SEPT

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama (kuning) untuk perkapalan di perairan Sabah bermula esok sehingga Isnin (17 Sept).

Amaran yang dikeluarkan jam 4.10 pagi hari ini menyatakan angin kencang Barat Daya berkelajuan 40-50 km/sejam dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka di kawasan perairan tengah Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan dan Sulu dalam tempoh 14-17 Sept.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan