Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Ekoran Taufan Matmo Di Sabah

angin kercang

KUALA LUMPUR– Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora berikutan Taufan Matmo yang dikesan kira-kira 2,177 kilometer ke timur laut Kudat, Sabah pada pukul tengah malam Rabu.

Menurut kenyataan jabatan itu, taufan berkenaan dikesan di latitud 26.4 U dan longitud 118.6 T dan bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 20 kilometer sejam.

Keadaan itu mengakibatkan angin kencang barat daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di perairan Palawan, Reef North, Condore dan Layang-Layang dijangka berterusan sehingga pada Khamis.

Perairan Perlis dan Kedah juga dijangka mengalami keadaan serupa manakala di Phuket, angin kencang dijangka berterusan sehingga Khamis.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran ketampakan rendah kurang daripada lima kilometer di sekitar perairan Selat Melaka utara ekoran jerebu yang melanda, dan keadaan itu berbahaya kepada kapal yang tidak mempunyai navigasi pelayaran.

Komen


Berita Berkaitan