Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Amaran Angin Kencang Di Perairan Sabah & Labuan Bermula Ahad Hingga Rabu

angin-600x367
gambar hiasan

KOTA KINABALU – Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan Sabah khususnya kawasan pedalaman, pantai barat, Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dijangka bermula Ahad ini hingga 27 Jan.

Menurut laman sesawang agensi itu, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter juga dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” menurut agensi berkenaan.

Selain itu, jabatan itu juga meramalkan bahawa kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang juga dijangka bermula 24 sehingga 27 Jan. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan