Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Amaran angin kencang dan laut bergelora katagori pertama

Gambar hiasan
Gambar hiasan

KOTA KINABALU- Amaran angin kencang dan laut bergelora katagori pertama telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia yang dijangka berlaku di kawasan perairan Sabah termasuk kawasan Pedalaman, Pantai Barat, dan Kudat.

Fenomena angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan keadaan ini dijangka berlaku pada 1 Julai hingga 4 Julai ini.

Keadaan angin kencang ini adalah amat merbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Sementara itu, amaran sama turut dikeluarkan di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dijangka turut mengalami angin kencang dan laut bergelora.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan