Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Amaran angin kencang dan laut bergelora ditingkatkan

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU- Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua telah dikeluarkan jabatan Meteorologi pagi tadi sekali gus meningkatkan amaran katagori pertama yang telah dikeluarkan pada Isnin lepas.

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Puket, Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan dan Sulu.

Amaran ini dijangka akan berterusan sehingga Rabu, 8 Julai ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti-aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan