Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Sabah

laut bergelora

KUALA LUMPUR– Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora berikutan Taufan Matmo yang dikesan kira-kira 1,908 kilometer ke timur laut Kudat, Sabah pada pukul 2 pagi tadi.

Taufan itu dikesan pada Latitud 23.6U dan Longitud 120.9T yang bergerak ke arah barat laut dari kawasan berkenaan dengan anggaran kelajuan 20 kilometer (km) sejam, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi.

Berikutan itu, keadaan angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang sedang berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah dan Kudat di Sabah, Palawan, Reef North, Condore dan Layang-Layang dijangka berterusan sehingga esok.

Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut.

Komen


Berita Berkaitan