Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Amaran air merah masih berkuatkuasa

 

Gambar hiasan
Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Jabatan Perikanan Sabah masih menguatkuasakan amaran air merah atau Red Tide yang melanda di sekitar perairan Tuaran, ekoran keadaan cuaca panas yang memungkin kepada faktor kejadian itu.

Sehubungan itu, Pengarah Perikanan negeri, Datuk Rayner Stuel Galid berkata, orang ramai terus dinasihatkan agar tidak memakan dan menjual kerang-kerangan.

“Kejadian Laut Merah yang dikesan di perairan Tuaran itu dijangka merebak ke daerah-daerah lain di Sabah,” katanya kepada SayangSabah, di sini hari ini.

Menurutnya, amaran tersebut terus dilanjutkan sekiranya keadaan cuaca panas ini berterusan, namun amaran itu bergantung dengan keadaan cuaca panas sekarang.

Sebelum ini, jabatan berkenaan telah mengesahkan amaran kejadian air merah (Cochlodinnium polykrikoides) pada awal bulan Februari. Kejadian Air merah itu dikesan di perairan sekitar Tanjung Badak, Trayong dan Karambunai.

Spesies yang dikesan dalam sampel air laut ialah Cochlodinnium polykrikoides, namun spesies itu tidak akan menyebabkan kemudaratan kepada pengguna setelah memakan ikan.

Begitupun, ia boleh memudaratkan aktiviti ternakan ikan dalam sangkar kerana ikan mati disebabkan insang ikan tersumbat oleh fitoplankton jenis Cochlodinnium polykrikoides.

Sehubungan itu, semua pengusaha sangkar ikan diminta supaya memindahkan ikan-ikan dalam sangkar ke kolam atau tangki serta air laut yang digunakan hendaklah ditapis atau disaring sebelum dimasukkan ke dalam kolam atau tangkin. -oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan