Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Amar Bahrin Datang Jauh Untuk Beraya Dengan Izreen Azminda

amar baharin

KUALA LUMPUR, 1 OGOS 2014: Selepas dikaitkan menjadi punca keretakan rumahtangga pelakon Izreen Azminda dengan suaminya Muhammad Riza, Amar Bahrin dilihat memandang sepi serta tidak menghiraukan tohmahan dan andaian umum mengenai kemesraannya dengan aktres beranak satu itu.

Malah, selepas tampil dengan foto mesra yang dikatakan sengaja dilakukan untuk  mempromosikan drama lakonan mereka, Kerana Terpaksa Aku Relakan,  masih ada foto mesra mereka menyusul lagi selepas itu.

Menariknya, foto mesra kedua itu adalah ucapan harijadi Izren Azminda buat Amar dan terbaru adalah entri mereka beraya bersama seperti yang dimuatnaik di laman sosial media Instagram dan ianya turut mengundang pelbagai cakap-cakap orang.

Izreen di dalam Instagramnya menulis bahawa Amar telah datang jauh untuk beraya bersamanya dan dia menghargai tindakan Amar itu dengan menulis “so sweet.. tq datang jauh-jauh nak raya dengan I”, dan Izreen dilihat seperti cuba menyampaikan suatu mesej penuh tersirat di sebalik kedatangan Amar itu.

Kisah sensasi di antara Izreen dengan Amar ini  mula bertebaran sejak kemunculan mereka di dalam Kerana Terpaksa Aku Relakan di mana lakonan intim mereka berdua dikatakan terbawa-bawa ke luar set dan ia telah mengundang kontroversi dan bualan selepas Izreen bercerai dan berstatus janda.

Peminat yang kurang senang dengan aksi mereka telah mendakwa Izreen tidak menjaga tingkah laku sewaktu masih tempoh edah sekaligus menguatkan lagi andaian umum tentang keintiman kedua mereka ini.

Namun begitu cerita panas ini itu tidak dihiraukan oleh Izreen mahupun Amar malah, bahkan kedua-dua  mereka berpendapat bahawa foto-foto mesra yang dimuat naik di laman sosial Instagram hanyalah sekadar untuk mempromosikan drama tersebut.

Namun, dalam waktu yang sama, Izreen ada berkongsi  perasaan sepanjang pasangan ini bekerjasama di set penggambaran drama itu.

Malah, dia mengakui bahawa dia dengan Amar punya chemistry dan rasa luar biasa ketika berlakon bersama-sama dalam drama itu.

Izreen Azminda dan bekas suami, Muhammad Riza telah bercerai 10 Jun lalu setelah berkahwin pada 31 Ogos 2012. Pasangan ini dikurniakan seoarang anak lelaki, Adrian Umar yang kini berusia setahun.

Komen


Berita Berkaitan