Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Amanah Labuan perjuangkan isu rakyat

Foto BERNAMA

 

LABUAN – Parti Amanah Negara (Amanah) Labuan berikrar untuk memperjuangkan isu-isu yang menjejaskan kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi di pulau itu.

Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata Amanah Labuan mesti memainkan peranan proaktifnya sebagai sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Apabila kami menerima dan mendengar aduan mengenai rakyat yang menghadapi masalah, kami mesti mendengar keperluan mereka dan memberikan penyelesaian dengan segera,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pejabat Amanah Labuan di Times Square di sini hari ini.

Dr Mohd Hatta, yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan berkata pembangunan ekonomi di pulau itu sudah pasti menjadi agenda kerajaan PH.

“Kami akan melakukan yang terbaik untuk memperjuangkan isu rakyat bukan selaku pembangkang tetapi sebaliknya sebagai pentadbir kerajaan dan memastikan Labuan tidak akan diketepikan dalam arus perdana pembangunan negara.

“Apabila rakyat mendengar apa-apa (isu) daripada Amanah, kami harus memastikan ia bukan retorik pembangkang…oleh itu adalah penting untuk mendengar cadangan dan kritikan daripada rakyat dan tidak menyembunyikannya tetapi membawa perkara itu kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi bagi penyelesaiannya,” kata beliau.

Dr Mohd Hatta berkata kerajaan PH menyedari mengenai Wilayah Persekutuan Labuan yang berbeza dengan kawasan Parlimen lain kerana kedudukan geografinya dan memerlukan perhatian segera.

Beliau berkata memandangkan kedudukannya yang jauh dari pentadbiran kerajaan pusat di Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan lebih berdikari dan negeri ini dilengkapi dengan setiap aspek penting.

Dr Mohd Hatta mengingatkan Amanah Labuan untuk terus mengukuhkan perpaduan dan mengekalkan imeja baik parti itu dan bekerjasama dengan media untuk menangani isu rakyat.

Mengenai penubuhan Amanah Labuan, dengan keanggotaan lebih 700 di 16 cawangan dalam tempoh tiga minggu, beliau berkata ia merupakan tanda positif penerimaan rakyat terhadap ideologi parti itu.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan