Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Aman, sejahtera bawa kestabilan politik dan ekonomi

Para pelajar cemerlang bergambar kenangan dengan Musa (empat dari kiri) dan V.Jothi (empat dari kanan).

KOTA KINABALU: ​Keamanan dan kesejahteraan rakyat mampu membawa kestabilan politik dan ekonomi.​

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman​ berkata, perkara tersebut menjadi asas utama untuk kerajaan memacu pembangunan negeri.

“Kita bersyukur kerana Sabah di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional terus pesat membangun dalam pelbagai sektor dengan adanya perpaduan rakyat.​

​”Segala dasar dan program pembangunan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan tentunya bertujuan memberikan manfaat kepada kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

“Ini termasuklah kumpulan sasaran terutama rakyat di kawasan pendalaman,”​ katanya ketika berucap di Majlis Beramah Mesra Bersama Masyarakat India di sini, pada Sabtu malam.

Mengenai majlis berkenaan, Musa menjelaskan, ia ​penting untuk mengeratkan semangat persaudaraan dan rasa kekitaan antara satu sama lain.

“Ini kerana kita adalah sebuah keluarga yang besar dan ibarat adik-beradik walaupun terdiri daripada pelbagai suku kaum, agama dan budaya serta latar belakang yang berbeza.

“Apa yang lebih penting adalah kita saling bekerjasama, bersatu padu dan berganding bahu sesama kita untuk mencapai kemajuan yang lebih tinggi.

“Semangat persaudaraan dan rasa kekitaan inilah yang menjadi amalan dan budaya kita di Sabah selama ini,” ujarnya.

​Pada majlis tersebut, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 ribu bagi ​kerja-kerja penstrukturan dan ubah suai Kuil Sri Subramaniam di Lok Kawi.

Hadir sama, Pengerusi MIC Sabah, Datuk V​.​ Jothi​, Timbalan Pengerusi MIC Sabah, Datuk Victor Raja Sekran dan Setiausaha MIC Sabah, Ganesan Kumarasamy.​/Penerangan-

Musa bersalaman dengan tetamu yang menyambut ketibaan beliau.

Komen


Berita Berkaitan