Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Amalkan Perkara Ini Sebelum Dan Semasa Berada Dalam Bulan Syawal

Gambar Hiasan

Aidilfitri merupakan hari kemenangan bagi umat Islam setelah sebulan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan. Oleh itu, Aidilfitiri mestilah disambut dengan penuh kesyukuran dan kenikmatan.

Namun tidak semestinya hari raya Aidilfitri itu disambut dengan persiapan yang gilang gemilang, barangan mahal dan berjenama serta semuanya serba baharu. Cukuplah dengan penuh rasa syukur dan bersederhana.

Paling penting, ikutilah adab batasan yang telah ditetapkan syariat, seperti mengelakkan pembaziran dan amalan-amalan yang dilarang Allah SWT. Berikut beberapa amalan lain yang dianjurkan pada Aidilfitri, antaranya:

Amalan Sebelum Satu Syawal Tiba

1. Memastikan zakat fitrah bagi diri dan tanggungan telah dibayar.

2. Menghiasi diri dan tempat tinggal supaya kelihatan kemas dan cantik, namun barangan dan pakaian tidaklah semestinya baharu dan mahal.

3. Senaraikan barangan persiapan untuk memudahkan dan elak pembaziran.

4. Memastikan semua aktiviti persiapan tidak menganggu amalan ibadah pada penghujung Ramadan.

5. Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya.

6. Qiyamullail dan solat malam.

7. Beriktikaf dan mendirikan solat-solat sunat di masjid.

Amalan Pada Pagi 1 Syawal

1. Mandi sunat Aidilfitri pada pagi hari raya.

2. Memakai pakaian bersih dan terbaik.

3. Kaum lelaki disunatkan berwangian yang menyenangkan.

4. Bermaaf-maafan dengan ibu bapa, suami isteri keluarga dan para kenalan.

5. Menjamah sedikit makanan, seperti kurma sebelum ke masjid.

6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid supaya dapat bertemu ramai orang.

7. Mengucapkan salam dan ucapan tahniah kepada sesiapa yang ditemui.

8. Bertakbir, tahmid dan tahlil dari awal pagi 1 Syawal sehingga terbenam matahari raya pertama.

9. Menziarahi keluarga, saudara, jiran, dan sahabat handai.

10. Sediakan makanan untuk para tetamu.

11. Jauhi aktiviti yang sia-sia, seperti bermain mercun dan banyak menonton televisyen

12. Berusaha elakkan perkara yang ditegah agama.

Amalan Sepanjang Bulan Syawal

1. Bersedekah.

2. Elakkan campur aduk antara amalan baik dengan sebaliknya.

3. Elakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dalam sesuatu majlis.

4. Menjaga adab ketika berziarah.

5. Pilih waktu yang yang sesuai berziarah.

Sebagai tanda kemenangan, kehadiran Syawal mestilah disambut dengan penuh kesyukuran atas peluang yang diberikan oleh Allah untuk kita beramal soleh di bulan Ramadan. Dengan itu sebaiknya dalam bulan yang mulia ini, seluruh umat Islam membersihkan hati dan memperbaiki hubungan sesama Muslim, bersabar serta mengikis semua sikap buruk seperti, dengki, marah, dendam dan iri hati.

Selain itu, sangat penting untuk setiap umat Islam menyemai kasih sayang sesama saudara seislamnya, bahkan yang terpenting adalah sentiasa bermaafan dan terbuka dalam memaafkan. Jadi, sayangilah persaudaraan yang kukuh kerana Allah SWT, lalu memulakan kehidupan baru selepas Syawal sebagai insan yang ‘baharu’.

 (Sumber: Tazkirah.net oleh Rabiatul Adaweeyah)

Komen


Berita Berkaitan