Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Amalkan penggunaan Teknologi Hijau

Majlis perasmian 'Earth Hour'
Majlis perasmian ‘Earth Hour’- foto Ille Tugimin

KOTA KINABALU – Pembangunan baharu di kawasan Banda Raya Kota Kinabalu digalakkan agar mengamalkan teknologi hijau dan bangunan eko hijau, bagi penjimatan penggunaan elektrik selain berperanan mengurangkan pemanasan global.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Joannes Solidau berkata, ini merupakan langkah bagi menyahut seruan kerajaan untuk membangunkan bandaraya Kota Kinabalu sebagai Banda Raya Eko Pelancongan dan mendapat pengiktirafan Indeks Bangunan Hijau (GBI).

“Dalam usaha kami menggalakkan pengurangan penggunaan tenaga elektrik, pihak DBKK bermula dari tahun 2014, kami telah melaksanakan penggantian lampu-lampu jalan daripada elektrik kepada lampu jalan LED,” katanya ketika berucap mewakili Datuk Bandar, Datuk Abidin Madingkir, dalam Majlis Perasmian Program ‘Earth Hour 2015’ Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu di sini, semalam.

Menurutnya, penggunaan lampu jalan LED berkesan dalam membantu pengguna mengamalkan langkah penjimatan elektrik.

Katanya, pihak DBKK juga telah memasang sebanyak 360 buah lampu LED di trek laluan berbasikal dan pejalan kaki fasa satu di Teluk Likas pada tahun lalu.

Beliau menambah, pemasangan lampu jalan LED itu turut dilaksanakan di Jalan Pantai Kota Kinabalu dengan 76 buah dan 30 buah dipasang di kawasan luar bandar.

“DBKK juga telah membina 55 buah pondok perhentian bas dan taxi yang menggunakan ciri-ciri penggunaan dan pemasangan ‘Solar Energy PV Off-Grid System’ di sekitar kawasan bandaraya,” ujarnya.

Justeru, Joannes berharap agar mesej Program Earth Hour bagi mengurangkan penggunaan elektrik dan pemanasan global dapat dilaksanankan secara meluas di bandaraya Kota Kinabalu. – Oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan