Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,510

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Amalkan moto 3M – Jainab

2:59pm 30/03/2017 Elezebeth Esther Onjining 17 views Tempatan,YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid

Ruslan (empat dari kiri) menerima cenderahati daripada Adnan (empat dari kanan) pada program “Sembang-sembang Pengguna” di Dewan Masyarakat Papar dekat sini hari ini.

PAPAR- Pengguna harus mengamalkan moto 3 M iaitu Memilih,Memboikot dan Melapor bagi menjamin mereka bebas daripada mangsa penipuan dan kerakusan peniaga.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna,Datuk Hajah Jainab Datuk Ahmad Ayid berkata rakyat harus tahu sebagai pengguna yang berpengetahuan wajib pandai memilih, melapor dan boikot peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan adalah kriteria pengguna bijak.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan “Sembang-sembang Pengguna” di Dewan Masyarakat Papar dekat sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Sulit Kepada Menteri, Md. Ruslan Md. Lalin. Turut hadir, Pegawai Daerah Papar, Adnan Haji Atin dan Pegawai-pegawai dibawah Kementerian.

Jainab berkata pendedahan dan pendidikan berterusan hak dan tanggungjawab pengguna membolehkan mereka tidak mudah terpedaya dengan penyelewengan harga.

Selain itu, beliau berharap usaha agresif kerajaan dalam menangani isu-isu kepenggunaan di negeri ini dapat diatasi dengan berkesan menerusi tindakan proaktif pengguna untuk sentiasa peka terhadap hak dan kepentingan mereka sebagai pengguna yang bijak.

Dalam pada itu juga, Jainab juga mengingatkan rakyat agar tidak panik membeli minyak masak, kerana pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan akan berkerjasama dengan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Pemimpin masyarakat di kawasan yang diwakili untuk menjual minyak masak sekilo di pasar-pasar tamu atau kawasan tumpuan rakyat.

“Saya juga memuji usaha Pasaraya Giant yang turut membantu menjual minyak masak jenama Bagus sekilo dalam botol bagi membantu masyarakat kurang mampu mendapatkan minyak masak dengan harga yang berpatutan,” kata Jainab.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan