Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Amalkan budaya kebersihan, jamin kesihatan

datuk rosnah

PAPAR: Orang ramai di daerah ini diminta supaya menjaga kebersihan persekitaran kawasan komuniti masing-masing bagi mengelak jangkitan pelbagai jenis penyakit berjangkit terutama demam denggi dan kencing tikus yang mudah merebak

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, masyarakat perlu sedar terhadap kepentingan membersih persekitaran termasuk memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes di kawasan air bertakung bagi memastikan demam denggi tidak merebak.

Beliau berkata, berdasarkan statistik Jabatan Kesihatan Sabah, kes demam denggi di negeri ini menunjukkan peningkatan ketara iaitu sebanyak 46 peratus bagi dua bulan pertama tahun ini dengan sejumlah 251 kes berbanding hanya 171 kes tahun lalu.

Menurut Rosnah, Kota Kinabalu merekodkan jumlah tertinggi dengan 55 kes diikuti Tawau 51 kes dan Tuaran 29 kes.

“Walaupun kita belum menerima laporan kes bagi daerah ini, namun trend peningkatan kes demam denggi dilihat amat membimbangkan, sehubungan itu langkah proaktif membendung wabak berkenaan perlu diperhebatkan.

“Momentum kesedaran mengenai bahaya aedes perlu berada pada tahap konsisten agar masyarakat tidak mudah lupa dengan ancaman penyakit berbahaya itu.

“Kita tidak mahu masyarakat hanya sedar apabila wabak itu telah menjangkiti mereka sebaliknya perlu bertindak sebelum dijangkiti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Gotong Royong Perdana di Sekolah Agama Negeri (SAN) Kampong Buang Sayang Papar,” di sini semalam.

Pada program tersebut pelbagai aktiviti diadakan seperti gotong royong membersihkan kawasan sekolah melibatkan ibubapa pelajar,jawatankuasa masjid dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, pemeriksaan kesihatan percuma .pemeran kesihatan dan ceramah kesihatan

Menurut Rosnah, masyarakat perlu berwaspada tidak hanya sedar apabila wabak itu telah menjangkiti mereka sebaliknya perlu bertindak sebelum dijangkiti.

Tambah beliau, penjagaan kebersihan persekitaran bukan hanya tanggungjawab pihak berkuasa tempatan sahaja tetapi perlu dipikul secara bersama dalam kalangan masyarakat untuk menghindar pembiakan nyamukaedes.

Memuji usaha yang dilakukan oleh kimuniti di kawasan berkenaan, Rosnah berharap lebih kerap lagi program seperti itu dianjurkan bagi memupuk budaya hidup sehat disamping dapat meneratkan kerjasama penduduk setempat.

Komen


Berita Berkaitan