Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Amalkan budaya bersukan- Hamisa

7:20am 29/10/2016 Leolerry Lajius 12 views Sukan,Tawau,Tempatan
Hamisa bermesra dengan pelajar yang mengambil bahagian dalam acara berkenaan.

Hamisa bermesra dengan pelajar yang mengambil bahagian dalam acara berkenaan.

TAWAU : Aktiviti sukan cukup penting kepada rakyat dan generasi muda kerana memberikan tubuh yang cergas dan minda yang cerdas, aktiviti sukan yang melibatkan murid daripada pelbagai kaum dapat memupuk semangat perpaduan sekali gus mengeratkan silaturahim.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata masyarakat yang mementingkan sukan ialah orang yang tahu makna kehidupan.

Beliau berkata budaya bersuka perlu dipupuk di peringkat sekolah lagi dan sudah tentulah pihak sekolah menjadi teraju utama untuk memupuk minat bersukan dalam kalangan murid-murid.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Temasya Sukan SK Umas Umas Felda, Tawau kelmarin.

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu menambah bidang sukan juga merupakan satu industri. Dunia hari ini telah menjadikan bidang sukan sebagai satu bidang kerjaya yang amat menarik.

“Sebagai contohnya pendapatan pemain bola terkenal di negara luar sudah mencecah jutaan ringgit. Begitu juga dengan sukan-sukan yang mempunyai peminat yang ramai seperti olahraga, badminton, dan sukan tempur yang memberi ganjaran wang yang amat banyak kepada pemenang.

“Baru-baru ini para atlet yang memenangi Sukan Olimpik Rio telahe menerima ganjaran Di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) untuk Olimpik, pemenang pingat emas akan menerima RM1 juta dan pencen bulanan RM5,000, perak pula RM600,000 dan pencen bulanan RM3,000 manakala gangsa RM100,000 serta pencen bulanan RM2,000. Begitu juga dengan para atlet Paralimpik negara Sukan Paralimpik Rio de Janeiro turut menerima ganjaran,” ujarnya.

Jelas Hamisa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengiktiraf atlet paralimpik negara sebagai ikon Malaysia bagi pencapaian luar biasa.

Beliau menyatakan meskipun atlet paralimpik mempunyai kekurangan diri dan berdepan cabaran namun, mereka sentiasa beriltizam serta mempunyai kemahuan untuk berjaya di pentas besar dunia.

“Kalau atlet paralimpik ada sedikit sebanyak kekurangan pada diri mereka, kita yang cukup sifatnya, jika kita ada kesungguhan lebih hebat, kita boleh mencatat pencapaian luar biasa,” tegas Hamisa.

Hamisa menambah untuk mencipta nama perlu kepada usaha yang gigih dan sepenuh tumpuan kepada latihan yang sepadu.

Dalam hal ini atlet Malaysia amat beruntung kerana kerajaan sentiasa memberi pelbagai imbuhan dan kemudahan./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan