Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Amalan menjaga kebersihan perlu dibudayakan- Yahya

7:31pm 12/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 45 views Tempatan,YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin
Kenangan.... Yahya (tengah, barisan hadapan) bersama para pegawai, pemimpin- pemimpin masyarakat dan penjawat awam serta Masyarakat setempat semasa Program turun Padang pemimpin bersama rakyat daerah Putatan, disini, hari ini. Turut kelihatan, Awang (tujuh dari kanan, barisan hadapan).

Kenangan…. Yahya (tengah, barisan hadapan) bersama para pegawai, pemimpin- pemimpin masyarakat dan penjawat awam serta Masyarakat setempat semasa Program turun Padang pemimpin bersama rakyat daerah Putatan, disini, hari ini. Turut kelihatan, Awang (tujuh dari kanan, barisan hadapan).

PUTATAN- Semua masyarakat di daerah ini termasuklah pemimpin-pemimpin masyarakat diseru agar memastikan kebersihan dan keindahan daerah itu sentiasa terjaga, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.18 Petagas, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin.

Menurut Yahya yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Industri Sabah, amalan menjaga kebersihan perlu dibudayakan oleh semua masyarakat di daerah itu.

Katanya, daerah Putatan menjadi satu kawasan daerah ‘gateaway’ atau laluan oleh penduduk dari seluruh pelusuk negeri ini.

“Orang ramai akan lebih tertarik untuk mengunjungi ke sini jika kita dapat menjaga kebersihan dan keindahan daerah ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Turun Padang Pemimpin Bersama Rakyat Daerah Putatan, disini, hari ini.

Tambahnya, pergerakan keluar masuk orang ramai ke daerah ini sekali gus mampu membantu meningkatkan ekonomi masyarakat setempat.

Sehubungan itu,
beliau turut menggesa pemimpin- pemimpin tempatan agar melaksanakan program seperti gotong royong untuk memastikan kebersihan dan keindahan daerah itu sentiasa terpelihara.

“Perlaksanaan program kebersihan ini sangat penting untuk memberi kesedaran kepada masyarakat setempat betapa pentingnya menjaga kebersihan di daerah ini,”katanya.

Sementara itu, beliau berkata Program Turun Padang Pemimpin Bersama Rakyat Daerah Putatan yang dianjurkan pada setiap tahun itu bertujuan untuk bertemu dengan semua pegawai- pegawai daerah, pemimpin masyarakat di daerah tersebut.

“Ini satu majlis dimana kita akan mendapatkan maklumat daripada pegawai daerah mengenai prestasi pembangunan yang meliputi semua aspek seperti pendidikan, kesihatan, pembangunan dan sebagainya di daerah ini,” katanya.

Menurut Pegawai Daerah Putatan, Tuan Haji Awang Abd Ghani Pg. Yusuff, terdapat beberapa projek pembangunan bakal dilaksanakan di daerah ini menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) seperti pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Petagas, menaiktarafkan Sekolah Kebangsaan Petagas. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan