Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Amalan menjaga alam sekitar, amalan yang mulia

6:28pm 08/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 15 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

KOTA KINABALU- Amalan menghargai alam sekitar merupakan satu amalan mulia yang harus dipupuk sejak kecil lagi agar kebersihan alam sekeliling sentiasa terpelihara.

Bersempena dengan karnival Perpaduan KRT Zon Bandaraya yang berlansung pagi tadi, sijil pengiktirafan telah berikan kepada Tabika Perpaduan yang berjaya menjadikan kawasan Tabika bebas tanpa sampah.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Panglima Joseph Kurup, pengiktirafan tersebut adalah untuk menghargai Tabika Perpaduan yang berusaha untuk menjaga kebersihan kawasan Tabika disamping mendidik kanak-kanak supaya tidak membuang sampah di merata tempat.

“Ini merupakan satu usaha yang baik untuk mendidik kanak-kanak untuk menghargai alam sekitar”, kata beliau.

Selain itu, sebanyak 50 ahli Skuad Uniti KRT telah menerima watikah perlantikan bersempena dengan Karnival tersebut

Skuad tersebut merupakan satu pertubuhan khas bertujuan untuk memberi bantuan kecemasan kepada komuniti setempat jika berlakunya kejadian yang tidak diingini seperti bencana alam.

Tan Sri Datuk Panglima Joseph Kurup menyampaikan watikah pelantikan kepada ahli Skuad Uniti KRT

Tan Sri Datuk Panglima Joseph Kurup menyampaikan watikah pelantikan kepada ahli Skuad Uniti KRT

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan