Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Amalan budaya kerja selamat dan sihat kurangkan risiko kemalangan di tempat kerja

Mohd Yaacob (empat dari kanan) merasmikan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan peringkat Ibu pejabat SESB. – Gambar SNT / Sitti Nor Azizah Talata

KOTA KINABALU: Amalan budaya kerja selamat dan sihat bukan sahaja dapat mengurangkan kemalangan di tempat kerja, malah langkah itu mampu mengelak kerugian ditanggung majikan apabila berlaku kejadian tidak diingini melibatkan para pekerja.

Pengarah Urusan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB). Datuk Ir. Abd Razak Sallim berkata, ramai pihak yang tidak menyedari banyak kos terselindung (hidden cost) setiap kali berlaku kemalangan di tempat kerja dan boleh dielakkan jika mengamalkan budaya kerja selamat.

Antara kos tersebut ialah kos penyiasatan, rawatan, pampasan, kerosakan jentera, alatan dan kelewatan menyiapkan kerja.

Abd Razak berkata, tugas untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja bukan hanya terletak pada bahu anggota kerja keselamatan, namun ia merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul bersama sebagai pekerja.

“Apabila budaya kerja selamat dan sihat ini menjadi amalan, secara tidak langsung pelbagai kos dapat dijimatkan. Mungkin ada dalam kalangan kita tidak menyedari hakikat kerugian ditanggung apabila berlaku kemalangan.

“Hal ini kerana secara logiknya kita lebih meilhat kepada `direct cos’ sahaja, namun hakikatnya banyak berlaku kos terselindung atau kos secara tidak langsung yang akan berlaku akibat kemalangan di tempat kerja,” katanya dalam ucapan perasmian program Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan peringkat Ibu pejabat SESB di sini hari ini.

Teks ucapan Abd Razak dibacakan oleh Pengurus Kanan Pengurusan SESB, Mohd Yaacob Jaafar.

Program Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerja selama tiga hari itu yang bermula hari ini disertai kira-kira 200 pekerja dan kontraktor SESB dengan pelbagai kursus disediakan bagi memberikan pengetahuan berhubung dengan keselamatan di tempat kerja.

Selain itu, turut diadakan pameran dan ceramah berkaitan daripada agensi seperti Suruhanjaya Tenaga (ST), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), Hospital Glenegales Kota Kinabalu, HB Safety Equipment dan Pillarsaba Sdn. Bhd.

Abd Razak berkata, pihak SESB komited dengan pembentukan budaya kerja selamat dan sihat kerana ia menjurus kepada pencapiaan mempertingkatkan kualiti hidupa semasa bekerja.

Dengan kata lain, jelas beliau SESB sangat prihatin dan menghendaki warga kerja SESB dan kontraktor dapat menikmati hidup yang berkualiti tanpa sebarang musibah semasa berada di tempat kerja.

Beliau menambah, pihak SESB melalui Jabatan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar Sabah telah menyediakan berbagai kursus yang boleh diikuti oleh pihak majikan dan pekerja bagi memberikan pengetahuan asas dan terkini berhubung dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan